Program Pengembangan & Sokongan Am

Program Pengembangan dan Sokongan am turut melibatkan program-program bantuan kepada sektor perikanan marin dan air tawar. Antara program/aktiviti yang dijalankan adalah:

  1. Pembangunan Spesis Ikan Air Tawar Bernilai Tinggi
    • Insentif yang disalurkan merupakan pelbagai peralatan penternakan untuk menyokong pembangunan spesis ternakan ikan air tawar yang bernilai tinggi. Antara spesis tersebut adalah Ikan Patin, Ketutu, Tilapia, Jelawat, Lampan Jawa, Pelian & Keli Afrika
  2. Program Bantuan Dana Jaminan Makanan (Pembangunan Air tawar)
  3. Program Bantuan Bencana Banjir
  4. Pembangunan Pengusaha Akuakultur Marin 2.0
    • Program ini merupakan program baru dalam Rancangan Malaysia (RMK)-12 yang telah dipohon dan diluluskan bermula dari tahun 2021. Program ini merupakan kesinambungan daripada Program Pembangunan Ladang Contoh Akuakultur Marin & Air Tawar melibatkan pengusaha akuakultur skala kecil yang telah dilaksanakan dalam RMK-11.
    • Program ini fokus kepada 2 kumpulan sasar iaitu pengusaha skala kecil yang merupakan majoriti pengusaha akuakultur negeri Sabah dan syarikat milik tunggal yang terlibat dalam aktiviti akuakultur marin ikan makan.
  5. Pembangunan Ternakan Ketam Berasaskan Komuniti
    • Program ini melibatkan komuniti pengusaha akuakultur marin skala kecil yang mengusahakan ternakan ketam bakau menggunakan kandang mesra alam atau semula jadi.
  6. Bantuan Insentif Perolehan Maklumat Pemakanan bagi Produk Usahawan Perikanan
    • Insentif ini adalah bentuk percetakan maklumat pemakanan yang diberikan kepada pengusaha yang layak
  7. Bantuan Insentif Label Pelekat Produk bagi Usahawan Perikanan
    • Insentif ini adalah bentuk percetakan label pelekat produk yang diberikan kepada pengusaha yang layak
  8. Program/Projek Pertanian Organik (Dana Jaminan Makanan – Produk Hiliran Perikanan)
    • Merupakan salah satu projek khas, antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memproses isi ikan (otoshimi)
  9. Program Ikan Hiasan
    • Terdapat 3 komponen utama di bawah program ini iaitu Kursus, Ceramah dan Bantuan
  10. Projek Khas
    • Projek ini merupakan salah satu projek di bawa Dana Jaminan Makanan. Antaranya adalah
      1. Program Pengembangan Akuakultur (DJM).
      2. Projek Pertanian Organik (DJM).
      3. Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan (MAFI).
  11. Pelbagai Program Pameran dan Libat Urus Jabatan
    • Program ini lebih kepada penglibatan Jabatan dalam pelbagai pameran, sesi bertemu pelanggan ataupun program turun padang yang disertai oleh Jabatan
  12. Projek Kerjasama dengan Lain-Lain Institusi
    • Projek ini merupakan kerjasama Jabatan bersama institusi luar