Program Pembangunan Sosio Ekonomi

  1. Program Peningkatan Pendapatan Nelayan Setempat (PPNS)
    • Program ini merupakan program bantuan aset dalam bentuk enjin sangkut, bot gentian kaca, peralatan perikanan dan peralatan GPS. Bentuk bantuan tidak sama bergantung kepada keperluan, kelulusan dan peruntukan yang tersedia.
  2. Bantuan Nelayan Pesisir Pantai (BNPP)
    • Bantuan ini merupakan bantuan aset iaitu bot gentian kaca.
  3. Program Transformasi Sosio Ekonomi Nelayan Miskin/Miskin Tegar (TSENMT)
    • Program ini merupakan program utama Jabatan untuk membasmi kemiskinan di kalangan golongan nelayan dan penternak. Pada awalnya, dikenali sebagai Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT) yang mana telah mula dilaksanakan pada tahun 1996 lagi.
    • Namun demikian, bermula pada tahun 2001-2015, program ini telah ditukar nama kepada Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Bermula tahun 2016, nama program telah ditukar kepada Transformasi Sosio Ekonomi Nelayan Miskin / Miskin Tegar (TSENMT) hingga kini.
    • Program ini menyediakan satu set pakej bantuan peralatan lengkap menangkap ikan.