Pengenalan

Pengenalan

Sejarah Jabatan

Jabatan Perikanan Sabah pada awalnya telah ditubuhkan sebagai sebuah institusi kecil kerajaan di bawah Pentadbiran British sebelum Perang Dunia Kedua yang pada masa itu dikenali sebagai Kerajaan Borneo Utara.

Pada tahun 1956, institusi ini kehilangan kedudukan apabila diserapkan di bawah Jabatan Pertanian, hanya berfungsi sebagai sebuah divisi di bawah jabatan ini. Perkembangan tanggungjawab yang semakin besar dan penting terhadap sektor perikanan di Sabah, maka kerajaan negeri pada tahun 1968 melalui kertas kabinet 38/68 telah melulus dan menaiktaraf divisi ini kepada sebuah jabatan penuh yang diletakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah dan dikenali sebagai Jabatan Perikanan Sabah (DOF). Sejak itu DOF memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurus dan membangun sektor perikanan di negeri ini agar terus berkembang dan berjaya.

Aktiviti jabatan berkembang daripada sebuah institusi kecil menjadi sebuah organisasi penting yang mempunyai tenaga kerja menghampiri 600 kakitangan. Jabatan merupakan peneraju utama dalam membangun, mengurus dan memperbaiki industri perikanan di negeri ini dan akan terus komited agar sumber perikanan negeri akan terus berkembang, mampan dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

PENGARAH JABATAN (1970-2022)

Datuk Chin Pui Kong

Tenure : 1970-1978

Datuk Joseph Wong Tung Sang

Tenure: 1978-1995

Mr. Yap Kon Shen

Tenure:1995-1999

Datuk Rayner S. Galid

Tenure:1999-2016

Datuk Dr. Ahemad Bin Sade

Tenure: 2016-2021

Mr. Godfery Kissey

Tenure : 2021-2022