Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERIKANAN SABAH

1. Menyediakan maklumat mengenai perkembangan industri perikanan dalam masa 5 hari tempoh hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;

2. Menyediakan perkhidmatan teknikal dan bantuan galakkan mengenai cadangan pelaburan di dalam sektor industri perikanan dalam masa 10 hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;

3. Memberi maklumbalas kepada setiap permohonan bagi mengikuti kursus latihan berjadual yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan dalam masa 14 hari tempoh hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;

4. Mengeluarkan Sijil Tempasal dalam masa 1 hari, Sijil Kesihatan Ikan Hidup dan Sijil Kebersihan dalam masa 3 hari tempoh hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;

5. Memperbaharui semua lesen perikanan dalam masa 1 hari tempoh hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap setelah mematuhi semua syarat;

6. Mengeluarkan semua permit (kecuali permit perikanan laut dalam dan permit pengangkutan) yang di bawah kuasa Jabatan Perikanan dalam masa 1 hari tempoh hari bekerja setelah mematuhi semua syarat;

7. Memastikan keputusan memberi kompaun kepada kes penangkapan yang dibuat dalam masa 3 hari tempoh hari bekerja daripada tarikh penerimaan kes maklumat dan kertas siasatan yang lengkap;

8. Memastikan semua aduan awam dilayani dan tindakan dilaksanakan dalam masa 7 hari tempoh hari bekerja;

9. Menyediakan maklumbalas dan laporan yang sesuai mengenai permohonan perkhidmatan analisis makmal dalam masa 10 hari tempoh hari bekerja;

10. Mengeluarkan Sijil Pengakusaksian dan Borang DS2031 bagi tujuan eksport ikan ke negara Amerika Syarikat dalam masa 5 hari tempoh hari bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap; dan

11. Menyediakan khidmat nasihat teknikal bagi permohonan menyertai program Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia dalam masa 10 hari tempoh bekerja daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap;