Projek RAS Barramundi-Sawit Kinabalu & Borneo Lestari Sdn. Bhd.

Projek RAS Barramundi-Sawit Kinabalu & Borneo Lestari Sdn. Bhd.

02/05/2024 Off By Web Master

Satu lawatan kerja dilakukan oleh YB Timbalan Ketua Menteri 1, Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Dr. Jeffrey J. Kitingan telah diadakan di tapak projek Langkon, Kota Marudu pada 2 May 2024. Turut hadir dalam lawatan ini adalah Pembantu Menteri 1, YB. Datuk Hendrus Anding, CEO Sawit Kinabalu Tn. Victor Ationg serta pengurusan tertinggi Sawit Kinabalu. Jabatan Perikanan Sabah telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Perikanan (Pembangunan) Datin Dr. Shuhadah Mustapha. Sesi taklimat berkenaan projek telah dilakukan oleh En. Irwin Wong daripada Borneo Lestari Sdn. Bhd.

Photo credit: Kumpulan Sawit Kinabalu & Borneo Lestari Sdn Bhd