PROGRAM INTERAKSI BERSAMA NELAYAN PULAU BANGGI, KUDAT

PROGRAM INTERAKSI BERSAMA NELAYAN PULAU BANGGI, KUDAT

23/05/2023 Off By Web Master

17 Mei 2023: Jabatan Perikanan Sabah telah melaksanakan Program Interaksi Bersama Nelayan Pulau Banggi, Kudat bertempat di Dewan Hotel Karakit Banggi Kudat. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Lawrence Kissol Jr – Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelesenan dan Permit bagi mewakili Pengarah Jabatan Perikanan Sabah. Program ini turut dihadiri oleh Ybhg. Tuan Asdi @ Mohd Faizal Hussin (Penolong Pegawai Pejabat Daerah Kecil Banggi, Kudat), Ybhg. Tuan Jasni bin Hj. Eser (Ketua Daerah Kecil Karakit Banggi, Kudat), Encik Zainal Abidin (Penguasa Perikanan Daerah Kudat), Pegawai – Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Sabah, Puan Rukiah Nayan (Penguasa Pejabat Ko – Nelayan Daerah Kudat), wakil-wakil daripada Bahagian di bawah Jabatan Perikanan Sabah dan Ko – Nelayan serta 37 orang nelayan Pulau Banggi, Kudat.

Antara pengisian program ini adalah:
1. Taklimat Bimbingan Pelesenan Am (Prosedur Memohon Lesen) & Senarai Spesies Akuatik Terancam di Malaysia – Bahagian Pelesenan dan Permit, DOFS
2. Taklimat Program Bantuan Insentif Pembangunan Marin – Bahagian Pembangunan Marin, DOFS
3. Taklimat Insentif Bahagian Pembangunan Akuakultur Marin – Bahagian Pembangunan Akuakultur Marin, DOFS
4. Taklimat Peraturan Perikanan dan Penguatkuasaan – Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalselia, DOFS
5. Taklimat Geran Agropreneur Muda – Bahagian Pembangunan Akuakultur Marin, DOFS
6. Taklimat Program Pembangunan daripada Ko – Nelayan
7. Sesi soal jawab antara Pihak Jabatan Perikanan Sabah dan Ko – Nelayan dengan nelayan Pulau Banggi, Kudat

Selain daripada itu, Empat (4) kaunter perkhidmatan pelanggan telah dibuka yang terdiri daripada beberapa Bahagian di bawah Jabatan Perikanan Sabah dan juga agensi Ko – Nelayan bagi membantu nelayan dan kumpulan sasar untuk mengajukan pertanyaan, mendapatkan borang-borang berkaitan dengan permohonan lesen dan bantuan di bawah Jabatan Perikanan Sabah serta Ko – Nelayan.
Pihak Jabatan Perikanan Sabah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan nelayan yang hadir yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga pengisian daripada program ini dapat membantu semua nelayan untuk meningkatkan produktiviti mereka seterusnya memajukan lagi industry perikanan di negeri Sabah.