Kursus Port Inspector Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023

Kursus Port Inspector Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023

11/04/2023 Off By Web Master

Jabatan Perikanan Sabah yang telah diwakili oleh Puan Steffiana J Jipanin, Encik Justin Agon, Puan Priscilla Justin Jimbangan dan Encik Reduan Duman menghadiri Kursus Port Inspector Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2023 pada 4-6 April 2023 di Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang. Kursus ini dihadiri oleh para pegawai perikanan dari seluruh Malaysia. Kursus ini bertujuan membolehkan Port Inspector Tuna dapat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan pendaratan tuna bagi membantu memastikan kelancaran proses pendaratan ikan tuna di pelabuhan yang dibenarkan dan juga hands on dalam pemeriksaan vesel dan dokumen. Dalam kursus ini, peserta diberikan taklimat mengenai IUU Fishing – Isu Negara dan Global, Pemantauan Operasi Penangkapan Tuna, SOP Port State Measures vesel penangkapan ikan tempatan dan asing, Kaedah Pemeriksaan Vesel dan Dokumen oleh Port Inspector, Kaedah pengenalan spesies tuna dan tuna like species oleh Port Inspector, SOP Kemasukan vesel asing bagi tujuan import/ eksport ikan hidup, Pengenalan kepada Perikanan Akuakultur dan Lawatan ke Sangkar Ikan di Jeti Pulau Aman.