Seminar ICT Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI)

Seminar ICT Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI)

10/02/2023 Off By Web Master
Seminar ICT MAFFI telah berlangsung sehari di Hotel RAIA, Sembulan, Kota Kinabalu pada 8 Februari 2023. Seminar ini bertemakan ’Inovasi Digital Pemacu Ekonomi Yang Mampan’ telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Pertanian, Perikanan & Industri Makanan Sabah yang mana teks ucapannya telah dibacakan oleh Pembantu Menteri I – Tuan Hendrus Anding. Turut hadir adalah Pembantu Menteri II – Tuan Peter Galim, Tn. Robert Stidi – Setiausaha Tetap (SUT) MAFFI, Timbalan I & II (SUT), En. Kamaltan bin Karimin – Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Acara perasmian turut dihadiri oleh Pengarah/Timb. Pengarah Jabatan & Agensi di bawah MAFFI.
 
Seminar ini anjuran bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Sebanyak 6 kertas pembentangan telah dibentang yang telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Kertas yang dibentangkan pada sebelah pagi adalah Kertas 1: Elektronik – Komuniti Usahawan Nelayan (E-KAN) yang telah disampaikan oleh En. Mohd Nadzril @ Nazri anak Encharang daripada Ko-Nelayan; Kertas 2: Aktiviti Ekonomi Nelayan yang telah dibentang oleh En. Riduan Jamain daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS); Kertas 3: Inovasi Perkhidmatan Digital Pertanian yang telah disampaikan oleh Pn. Daisy Francis Kim Sung daripada Jabatan Pertanian Sabah.
 
Sementara kertas pembentangan sebelah petang adalah Kertas 4: The Impact of Digital Innovation in Government: Software, Data & Good Governance yang telah disampaikan oleh En. Arthur Kent Raymond daripada Sabah Net Sdn. Bhd.; Kertas 5: Green and Digital is the New Gold yang disampaikan oleh En. Matthew Kulai daripada Agridata Portal Sdn. Bhd. dan Kertas 6: Integrasi Data: Fakta dan Kepercayaan oleh En. Verus Lawrence daripada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri.