Lawatan Yang Berhormat (YB) Tuan Peto Galim ke Jabatan Perikanan Sabah

Lawatan Yang Berhormat (YB) Tuan Peto Galim ke Jabatan Perikanan Sabah

22/02/2023 Off By Web Master

Pada 20 Februari 2023, YB. Tuan Peto Galim, Pembantu Menteri II, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah telah melawat Jabatan Perikanan Sabah. Pengarah Jabatan Perikanan Sabah, Ybhg. Tn. Azhar Hj. Kassim telah memberikan taklimat kepada YB berkenaan senario industri perikanan di negeri Sabah. Turut hadir sama adalah pegawai-pegawai kanan Jabatan. Sesi taklimat dan ramah mesra ini telah dapat memberikan maklumat secara ringkas berkenaan industri. Dalam masa yang sama YB turut mencadangkan agar pihak Jabatan mengambil langkah proaktif dan turun padang dalam menyalurkan maklumat dan informasi-infomasi yang berkaitan dan perlu dikongsi dengan para pemegang taruh.