Kursus Sistem e-Akua dan Latihan Speedminer

Kursus Sistem e-Akua dan Latihan Speedminer

13/02/2023 Off By Web Master

LATIHAN PENGGUNAAN SPEEDMINER (07 FEBRUARI 2023)

Latihan Penggunaan Speedminer telah diadakan pada 07 Februari 2023. Latihan ini telah dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Perangkaan dan Data dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.

Latihan ini dihadiri oleh 16 orang kakitangan pengutip data perikanan (PDP) marin yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengumpul data pendaratan tangkap marin di daerah. Tenaga pengajar adalah dari Jabatan Perikanan Malaysia (DOFM) dan dibantu oleh Pejabat Pengurusan Perangkaan dan Data.

Tujuan latihan penggunaan Speedminer adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada kakitangan negeri dan daerah kaedah menggunakan sistem ‘visualization data’. Speedminer menggantikan pangkalan data Cognos yang lama daripada Executive Information System (EIS). Sistem ini digunakan untuk menganalisa data-data perangkaan perikanan di seluruh daerah dan negeri di Malaysia.

KURSUS PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN SISTEM e-SMPP AKUAKULTUR (08 FEBRUARI 2023)

Kursus Penggunaan dan Pengurusan Sistem e-SMPP Akuakultur Siri 01/2023 telah diadakan pada 08 Februari 2023. Kursus ini telah dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Perangkaan Dan Data dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia.

Kursus ini dihadiri oleh 22 orang anggota pengutip data perikanan PDP akuakultur yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengumpul data pengeluaran akuakultur di daerah. Seramai 3 orang pegawai Jabatan Perikanan Malaysia (DOFM) telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar sepanjang kursus ini berlangsung.

Objektif kursus adalah untuk memberi pengenalan dan penggunaan sistem e-SMPP Akua kepada anggota PDP perikanan daerah. Untuk makluman, Sistem e-SMPP Akua adalah sistem melibatkan kemasukan data pengeluaran ladang ternakan mengikut negeri, daerah, sistem ternakan dan spesis bagi setiap bulan dengan mengira jumlah pengeluaran dan nilai harga pengeluaran secara automatik mengikut kaedah pengiraan yang telah ditetapkan.

Dengan menggunakan sistem ini pengutipan dan pengrekodan data di peringkat daerah dapat dikutip dengan lebih cekap, cepat dan lebih berkesan. Maklumat data yang diperolehi dapat disemak dan dianalisis dengan lebih terperinci.

Pelaksanaan sistem ini juga dapat data setiap penternak dapat direkod dan disimpan untuk kegunaan pihak jabatan untuk rujukan, penyelidikan dan penggubalan dasar perikanan.