Jabatan Perikanan Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin

Jabatan Perikanan Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin

16/02/2023 Off By Web Master

15 -02-2023.
Jabatan Perikanan Sabah yang diketuai oleh Ybhg. En. Azhar Hj. Kassim, Pengarah Perikanan Negeri bersama 7 Pegawai Kanan Pengurusan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu. Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan kali pertama yang dibuat oleh pihak Jabatan ke Istana.

Hasrat dan tujuan kunjungan hormat ke istana adalah untuk memberi penerangan umum kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah mengenai fungsi dan tugas Jabatan Perikanan dalam mengurus dan membangun sektor perikanan negeri.

Detik bersejarah ini berlangsung selama 35 minit dan Alhamdullilah mendapat sambutan dan layanan begitu baik dari kakitangan Istana terutama Tuan Yang Terutama Negeri Sabah yang begitu mesra berbicara soal perikanan dan amat berminat untuk mengetahui aktiviti mengenai penguatkuasaan perikanan, pencerobohan kapal asing, pemuliharan sumber perikanan serta aktiviti-aktiviti akuakultur yang dilaksanakan di Negeri Sabah.

Sumber gambar daripada Jabatan Penerangan Malaysia.