BIMP-EAGA Strategic Planning Meeting, Brunei Darussalam

BIMP-EAGA Strategic Planning Meeting, Brunei Darussalam

13/02/2023 Off By Web Master

Jabatan Perikanan Sabah yang telah diwakili oleh Ybhg. En. Azhar Kassim, Datin. Dr. Shuhadah Mustapha, En. Matlan Thaufeck dan En. Melvin Kinsuat menghadiri the BIMP-EAGA Strategic Planning Meeting (SPM) 2023 pada 6-9 Feb 2023, yang diadakan di Hotel Mulia, Brunei Darussalam. Mesyuarat ini dihadiri oleh deligasi daripada negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Philippines. Mesyuarat SPM 2023 adalah bagi merancang pelaksanaan projek, melihat semula status dan kemajuan projek yang diketengahkan oleh setiap kluster & kumpulan kerja bagi menjayakan pelaksanaan Vision 2025’s Strategies and Action Plans. Selain daripada itu, beberapa siri perbincangan dan pembentangan untuk kluster dan kumpulan kerja lain secara berasingan diadakan bagi mengenalpasti projek dan program serta kerjasama & inisiatif yang boleh diselaraskan di antara ke semua kluster terlibat.