Majlis Amanat Pengarah Tahun Baru 2023

Majlis Amanat Pengarah Tahun Baru 2023

19/01/2023 Off By Web Master

Majlis Amanat Tahun 2023, Ybhg. En. Azhar Hj. Kassim, Pengarah Jabatan Perikanan Sabah telah diadakan pada 18 Januari 2023. Majlis ini turut dihadiri oleh Ybrs. Dr. Norasma Dacho, Timb. Pengarah Perikanan (Operasi) serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan. Dalam amanatnya beliau telah mengimbas semula kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Jabatan pada tahun 2022 yang lalu. Antaranya adalah;  

  1. Pelaksanaan empowerment – permit perikanan laut dalam
  2. Program Tukun Tiruan, Unjam
  3. Mewujudkan kawasan konserversi
  4. Pelepasan benih ke perairan umum
  5. Program Tagal
  6. PLAC – sudah establish sebagai produk Agro tourism
  7. Persidangan Mesyuarat Pegawai2 kanan
  8. Pengukuhan organisasi
  9. Pelan Strategik 2021-2030
  10. Penyediaan perancangan & Inisiatif peruntukan bagi RMK12 RP3 atau tahun 2023 – yang kita dapat peruntukan lebih tinggi untuk 2023
  11. Melalui kumpulan AGAL Juara KIK inovasi Teknikal
  12. Website Jabatan-berwajah baru & ‘the most user-friendly website’

Dalam masa yang sama Pengarah turut mengariskan dua belas (12) fokus utama Jabatan Perikanan Sabah yang akan dilaksanakan;.

  1. Mengukuh dan memantapkan organisasi – kerja & perkhidmatan ‘kelas pertama’
  2. Memperkasa aktiviti penguatkuasaan Jabatan Perikanan, anggota serta akta dan peraturan yang berkaitan dengannya.
  3. Meningkatkan sumbangan pendapatan kepada kerajaan negeri melalui program-program yang berkaitan
  4. Keterjaminan stok ikan dengan memgukuhkan pengurusan sumber perikanan yang lestari disokong oleh program-program yang bersesuaian
  5. Meningkatkan produktiviti pengeluaran ikan dan komoditi perikanan
  6. Membangun sektor perikanan tangkap & akuakultur
  7. Menarik pelaburan asing
  8. Aplikasi digital dalam program dan aktviti kerja
  9. Menyedia Standard of Procedure (SOP) atau garipanduan yang jelas dasar-dasar pengurusan & pembangunan, memperkasa peraturan dan perundangan sedia ada
  10. Mengukuhkan penguatkuasaan biosekuriti perikanan dan effieciency kepada industri
  11. Mengurus dan menyelesaikan isu-isu tanah jabatan, cadangan Pelan Pembangunan Tanah Jabatan & Tanah rezab serta mewujudkan kawasan Zon Industri Akuakultur (ZIA)
  12. Memperkasa Data Perikanan dari segi kejituan dan data listing setiap pemegang taruh, daya industri, data aktiviti hiliran dan sebagainya

Di akhir ucapan Pengarah sekali lagi menekankan perihal good governace yang berkait rapat soal disiplin & integriti. Selain daripada itu beliau turut menegaskan seseorang penjawat awam itu tertakluk kepada peraturan-perturan  perkhidmatan yang perlu untuk dipatuhi. Perkara lain yang turut disentuh adalah soal peranan seorang pemimpin ataupun ketua dan yang dipimpin dalam memastikan urustadbir dan keharmonian dalam organisasi.

“Eratkan perpaduan & perkukuhkan persamaan”.

“Yang berat sama dipikul, yang ringan sama di jinjing”.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”.

  • Azhar Kassim –